Sakit Lutut : Punca – Simptom – Rawatan

Sakit lutut adalah masalah yang kerap berlaku di sekeliling kita. Tapi kebanyakan dari kita jarang ambil peduli dengan masalah ini sampailah masalah ini berlaku pada orang terdekat kita ataupun diri kita sendiri.

Sakit lutut ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tak kira umur. Sakit lutut boleh berpunca daripada kecederaan, sakit sendi, sakit tulang, sakit otot dan Osteoarthritis. Dari kesemua perkara ini yang paling kerap terjadi adalah Osteoarthritis iaitu salah satu dari penyakit arthritis.

Sakit lutut dan sendi merupakan sejenis penyakit sendi yang mempunyai ciri keradangan. Sendi pula ialah bahagian badan di mana dua tulang berlainan bertemu. Sakit lutut terjadi apabila tulang rawan yang membentuk permukaan sendi menjadi haus. Ini menyebabkan sendi menjadi bengkak, sakit dan kebas sekaligus menjadi punca kepada kemerosotan sendi tulang.

Keradangan berlaku kerana darah yang dibekalkan tidak cukup khasiat meskipun seseorang itu sihat. Ini kerana, tubuh badan tidak boleh menghasilkan zat makanan yang mencukupi bagi menyelaras dan memastikan kadar pemulihan dan pembaharuan yang diperlukan. Sendi yang selalunya berlaku keradangan adalah lutut. Ini adalah kerana lutut adalah sendi yang sentiasa menampung berat badan kita sepanjang hayat.

Memiliki kesihatan lutut yang baik adalah penting. Apabila kita sering mengalami sakit lutut yang berterusan, kualiti hidup kita akan terjejas. Mungkin kita tidak selesa untuk berjalan, menaiki tangga malah menunaikan ibadah solat juga terganggu. Ketidakselesaan ini semuanya akan berlaku jika kita tidak mencegahnya dari awal.

PUNCA SAKIT LUTUT

Umur Semakin Meningkat

Pelincir lutut semakin kering dan berkurangan ketika umur semakin meningkat. Antara simptom pelincir lutut kering dan berkurangan (Arthritis) ialah tidak dapat berdiri lama, tidak mampu membengkokkan lutut dalam masa yang panjang dan memerlukan bantuan orang lain untuk melakukan aktiviti harian.

Arthritis atau radang sendi berlaku kerana proses penuaan yang menyebabkan kehausan pada tulang rawan. Ini kemudiannya akan membawa kepada berlaku pergeselan tulang antara satu sama lain dan seterusnya menjadi punca kesakitan. Risiko untuk anda menghidapi Arthritis semakin tinggi seiring dengan peningkatan usia.

Oleh itu, cara yang terbaik untuk mencegah kekurangan tulang rawan adalah seperti mengamalkan pemakanan yang sihat seperti perbanyakan minum susu untuk tulang serta mengamalkan pengambilan Vitamin C