KENAPA BILA SAYA NAK BANGUN DARI DUDUK LUTUT SAYA RASA TEGANG DAN SUSAH NAK LURUS?

Ramai pesakit lutut yang saya jumpa Tanya pada saya soalan yang sama. Rata2 mereka yang sakit lutut ada masalah tegang di bahagian bawah lutut mereka. Anda ada masalah yang sama? Kalau ada jangan risau. Sebab Masalah pelipat lutut tegang memang normal bagi penghidap ARTHRITIS (GEL HABIS) dekat mana2 di Malaysia ni.
Sakit lutut ni bukan penyakit yang baru, tapi penyakit yang dah berkurunlamanya wujud. Tapi, sejak akhir2 ni makin ramai pulak pesakit lutut yang muncul terutama golongan wanita.

Macammana nak kenal pasti simptom Arthritis ni?
Terdapat beberapa tanda tanda awal bagi penyakit ini yang mungkin tidak diketahui ramai individu. Antara tanda tanda penyakit ini ialah :

1) RASA SAKIT PADA LUTUT
Selalunya pesakit akan rasa sakit ni masa nak mula bergerak atau naik tangga. Ramai yang mengadu kat saya bila nak bangun dari bersika tum akin menjadi-jadi sakitnya..
perkara ini berlaku sebab berlaku pelanggaran antara tulang rawan akibat kekurangan pelincir. Sebab tu anda x rasa sakit bila duduk diam..!
Siapa yg ada masalah Arthritis selalunya perlu bantu orang lain atau objek seperti tongkat untuk membantunya berdiri.

2) BENGKAK KEMERAHAN DI SEKITAR KAWASAN YG SAKIT
Kebiasaanya pesakit arthritis akan merasa sakit di kawasan tersebut apabila mereka mula melakukan kerja/aktiviti harian. Kawasan yang sakit tadi akan membengkak dan bewarna kemerahan hingga menimbulkan rasa hangat.

Bayangkanlah tulang rawan anda berlanggar antara satu sama lain dengan kuat hingga menyebabkan hakisan di kawasan tersebut. Nampak macam biasa sahaja kan?
Tahu tak bila tulang rawan tu dah mula terhakis, anda mungkin perlu buat pembedahan menggantikan sendi yg bermasalah tu..!

Tak kan nak tunggu kena bedah baru nak cegah kan?

3) RASA TEGANG DI PELIPAT BAHAGIAN BAWAH LUTUT
Ini la yang saya beritahu kat atas tu. Selalunya bila sendi tersebut dah mula terbeban dia akan Tarik otot dan urat di sekeliling sendi kita untuk menampung beban tersebut sampai kita rasa tegang dan susah nak bergerak.

Akak-akak biasa tak pagi-pagi bila nak bangun dari katil tu rasa susah sangat nak bengkokkan kaki turun dari katil. Tengok husband sebelah elok je bangun pergi katil terus pergi tandas. Hehe
Kalau nak bangun dari duduk tu lagi lah, siap kena urut dulu bawah lutut tu sampai 15 minit baru boleh bangun.

Ini bukan masalah kecil tau, pernah nampak Jemaah masjid yg terpaksa guna kerusi untuk solat kat masjid tu? Ini lah antara penyebabnya. bila lutut dah rasa tegang, kaki susah nak lipat dan diluruskan sampai menyukarkan ibadah kita.
Sementara masih ada peluang lebih baik kita elakkan. Kalau dah sakit macam mana nak beribadah?

Kalau anda ada tanda-tanda yg saya senaraikan dekat atas, pastikan anda dapatkan rawatan segera ya. Sebab kalau dibiarkan lagi lama lagi parah keadaannya nanti.
Semoga cepat sembuh..

Posted in Uncategorized.